THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, March 16, 2012

sharing info --> Nikah Khitbah: Tiket untuk bercouple


Info dari blog syahirul utk perkongsian bersama =) mari kita sama2 memahami apa itu nikah khitbah 

On 12/04/2011, in Islam, by syahirul

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Thursday, March 15, 2012

cute bow pump


ok2 bkn nak caras cik sidot lepas baca post dia pasal wedding shoes dia.. i nak share pasal kasut idaman yg dicari... ni lah dia ROCKPORT GRACE FLAT BOW PUMP .. kat malaysia hanya taw kedai dia ade kat alamanda, putrajaya.. harganya plak around rm400.. T__T.. mahal weiiii... baru td post psl xminat shopping tp ni lah dia salah satu item dlm wishlist.. xkesah bila akn dpt sbb diri sendri pn sedia maklum tidak berapa mampu utk memilikinya jd im just put it in my wishlist.. xsalah skali skala punyai keinginan..

shopping is not my interest anymore

hello peeps.. yes u heard it right.. shopping is not my interest anymore.. im used to be a shopaholic before.. main beli je apa ada depan mata.. never care bout the price.. and i end up broke and i have lots of stuff that i hardly even used.. kadang2 kalo mengemas, blh jumpa few clothes with a tag price on it.. and ada juga jumpa brg2 yg i dont even know i have it.. hahahaha... 


some of my clothes, ade la jugak bg kt few peoples.. nak bg my sister, is a big NO sbb she`s not as the same size as me... so most of my clothes + shoes + handbags terperuk la dlm closet + container.. nafsu untuk shopping mcm dh slowly hilang.. weeehhhuuuu... mmg diakui bila tgk baju+handbag+kasut ngah display cantik2 mula la xleh duk diam.. TAPI........... akn ambil masa yg lama utk belek2, tilik2,compare price ngan kualiti + design + material.. sbb even its high end brand, kalo nmpk mcm psr lambak punya brg n with an unreasonable price, sorry im not gonna grab it.. and akn juga difikirkan kekerapan menggunakan sesuatu item tersebut juga kesesuaian item tersebut.. yela xkn nk pakai boots g pantai.. xkn nk pakai heels g jog.. and xkn la nk pakai fur coat kat malaysia.. mau rs mcm kt dlm sauna.. and in fact, kalo beli trainers mahal2, bape kali sgtla rajin nk berworkout? kalo beli trainers rm400++, kekerapan penggunaan hanyalah 2-3x in every 6months, sumpah membazir.... wuwuwuwuwwuwuw.... 


yes diakui saya juga sgt2 kedekut lately kalo nk shopping.. nk g shopping mall pn dh kureng nafsu.. hahahaha... ok, credit to my darling hubby for all this.. dia sgt jrg shopping n bila dia shopping, he`ll go for the quality not for the price + brand.. even dia ni peminat tegar zara + topman + fossil+ck tapi dia akn amek ms 1 whole day utk survey puas2.. dia xkesah kena jln jauh2.. pegi dari 1 mall to another.. janji apa yg dia dapat tu sgt2 berbaloi harga n kualitinya.. 


namun begitu.... aktiviti cuci2 mata tgk segala brg2 xpernah pudar.. hahaha.. dunia dh maju, xkua umah pn xpe.. cuci saje mata kt on9 shopping web.. and speaking of on9 shopping, i have nothing to worries coz mmg sengaja xactivekan maybank2u, cimb clicks segala.. kalo beli pn guna hubby pny so sng la dia nk pantau.. n i myself dont really believe in on9 shopping sbb xsemua yg dijual tu suits me well.. so cuci mata saja.. n sy juga suka ke website zara+mng+pull&bear+makeup site+shoes site.. 


www.scarfsweethoney.com
shop.mango.com
www.zara.com
www.pullandbear.com
www.dorothyperkins.com
www.forever21.com
www.radiusite.com
www.zalora.com
www.topshop.com
www.victoriassecret.com     

these are my fav cuci-cuci mata site.... 

Wednesday, February 29, 2012

congratulation =)

hye, salam hari rabu semua ... 


malam semalam, i got a text from my ex-housemate, hanim.. she`s safely deliver her baby boy


weight : 2.76kg
MOD : EMLCSC ( mommy impending eclampsia )
N.O.B : mohamad syafiq haikal b. mohd efendy .. very beautiful name...


dulu kitaorg pregnant sama2, beza mggu je.. n she survived.. tahniah for her and husband.. thn ni tambah budget duit raya.. hehehhee... semoga baby n ibu sihat2 elalu hendaknya..

Monday, February 27, 2012

30 Larangan Untuk Wanita Bergelar Muslimah

entry ni copy paste tp dh xengat mane ntah site yg dicopy paste.. papepun mari kita sm2 baca n renung2kan n amalkan =)


@ Menyambung rambut palsu
@ Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
@Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
@Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
@Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
@Membuka rahsia hubungan suami isteri
@Berpuasa sunat tanpa izin suami
@Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
@Derhaka kepada suami
@Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
@Mengingkari kebaikan suami
@Bersama lelaki lain yang bukan mahram
@Memandang lelaki yang bukan mahramnya
@Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
@Menyerupai lelaki
@Membuka rahsia wanita lain kepada suami
@Memandang aurat wanita lain
@Keluar rumah tanpa ada keperluan
@Masuk permandian awam
@Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
@Meratapi kematian
@Berhias atas meninggalnya seseorang
@Menghantar jenazah
@Mempercayai dukun dan peramal
@Menyumpah anak-anak sendiri
@Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
@Menganiaya pembantu
@Mengganggu jiran
@Minta cerai kerana suami sakit
@Minta cerai kerana suami menikah lagi

her engagement day =) a closed beautiful family ceremony

assalamualaikum + hye everybody .. ok event ni masa chinese new year haritu, Jan, 22, 2012.. dh sebulan lebih kan.. baru nk hapdet..hahahaha... gila lama terperap dlm list posting.. ok ni majlis engagement kakak ipar sy yg satu2nya..ye dia sorg je la my kakak ipar.. majlis ni sgt simple, xde pelamin bagai tapi sgt2 meriah.. yela family belah my hubby pn ramai.. adela sedara2 sket, jemputan2 sket then rombongan belah lelaki.. makanan sedap2.. siap ada kambing golek lg ok ... persiapan juga simple.. just kemas2 rumah and decorate here n there a bit.. even penat sbb xckp tdo n im not feeling well but alhamdulillah, semua jalan ngan lancar.. rombongan lelaki dtg 10 buah keta.. majlis nikah akn berlansung pada Sept 1, 2012... wang hantaran?? sssyyyhhh... rahsia kerajaan.. hahaha.. lets enjoy the picxs .. 









this is my 1st attempt jd tukang mekap terjun.. kalo ikutkn pengantin, dia nk go bare face.. tp mom in law ckp tepek la sket bg nmpk seri.. nsbla smpt wat trial makeup mlm sebelumnya.. siap alter here n there psl her attire.. n if u notice, thats my reception veil she`s wearing.. sbb kalernya ala2 sama ngan colour baju pengantin so kita mix n matchkn aje.. *jenuh tgk makeup tutorial mlm sblm majlis*..


                                                                 
                                                                her old school friends


                                                           new mommy VS mommy to be



            not so official photographer..






                                                                    soon to be parents =)












   new mommy with the new addition to SAB fam .. luth asyraf























                                                                   the signature ring 





atas permintaan ramai, kambing golek akn dikekalkan as one of the menu ms wedding day nnt.. n kuantitinya juga akn ditambah ... hahahaha.. even my hubby is not around ms majlis ni sbb dia kena g ops sebulan, im still manage to smile =)